Thursday, December 13, 2012

Oh Mamat Tennis Itu!

Assalamualaikum....

Hari ni tetiba aku rasa nak mengupdate blog ak yang dah berhabuk gile....

Pernah juga aku berangan nak jadi writers satu hari nanti...hehehe...

Aku nak try dulu la...wakaka......

 

"Lepas keluar dari makmal kimia pagi tu...Aku rasa macam malas nak ke bilik..Aku bercadang ingin membaca di library kolej ku yang tercinta sahaja..Rakan2 ku yang lain semua ingin ke kafetaria untuk sarapan..Al maklum lepas buat eksperimen mesti lapar tahap gaban punya..

"Eifa ko nak pegi library tak"soalku pada si kecil molek dalam kelas ku.."boleh jugak aku nak pinjam beberapa buku Organic Chemistry untuk jadi bahan rujukan "balasnya sambil mengemas barang2 ke dalam beg sandang ADIDAS nye..

Aku dan Eifa berjalan sambil bercerita tentang eksperimen tadi yang macam nak ribut rasanye...Dah la voltmeter yang ada rosak tambah lagi dengan wayar penyambung yang tak cukup..Mrmang bengang gile aku pagi2 ni..Sampai depan pintu library aku dan Eifa meletakkan beg dan fail2 kami di rak yang disediakan...Selepas itu kami berpisah sebab bahagian Kimia dengan Biologi tak sama aras..Aku ke tingkat atas untuk mencari buku Biologi manakala Eifa ula ke tingkat bawah untuk mencari buku Kimianya...Eifa ni memang pandai gile Kimia..Katanya nak jadi "tukang buat bom"..hehehe...Tanya apa saja pada die pasal Kimia sekejap sahaja jawapan depan mata anda...wakaka...

"Elina lagi 1jam kita jumpa kat pintu depan ok?"soalnya padaku..."okay"balasku sambil berjalan ke arah tangga.

"ermmm..sunyi je pulak pagi ni",aku bermonolog sendiri..Aku pandang sekilas pada jam dinding yang besar gile bapak patut la baru pukul 10.00pg.Semua orang ada kelas dan kuliah..Hari ni pensyarah aku MC so die bebas kan kitorang nak buat apa je...Aku pilih lebih baik aku ke library cari bahan untuk presentation minggu depan.

"mana buku Biologi yang international ni?"tanya ku pada diri sendiri lagi..Pensyarah aku selalu pesan suruh kami semua cari bahan rujukan dari buku international sebab penerangannya lebih jelas dan tepat..Aku bukan nak jatuhkan local book..Tapi dah memang kenyataan..

Buku yang aku cari jumpa juga akhirnya..Masa untuk cari tempat yang sesuai untuk aku membaca pulak..Mata aku melilaumencari sudut yang paling kondusif sekali..Ha,duduk depan tu la..jauh sikit dari orang lain..Senang nak fokus..wakaka..fokus snagat..Aku ni senang je nak hanyut kalau tengah membaca...Sebabnya syaitan banayak gile nak datang kat aku yang memang agak2 nakal ni..hehe

Sedang aku khusyuk membaca..Tiba-tiba...jeng..jeng..jeng....

bersambung............................