Monday, July 8, 2013

Welcome to Ramadhan!!!

Assalamualaikum

"ramadhan tiba..ramadhan tiba..marhaban ya ramadhan..marhaban ya ramadhan.."
Ah,sungguh pantas masa berlalu..pagi tadi aku bangun dengar radio mainkan lagu Opick..Baru sedar yang Ramadhan dh sangat2 dekat..esok wey..esok...tak main2 taw!

Tiba2 rasa sayu..sebab bulan ni aku kena banyak2 amalan..sebab ni bulan umat Muhammad saw. Kita kena manfaatkan secukupnya..tapi aku ni hangat2 tahi ayam..nnt dh tiba masa aku asyik tangguh2 je..menyampah! bila nak berubah!

Ok tu je nak bagi tau..dan jangan lupa malam ni niat..
aku rasa rajun..jadi amik ni..

.


ok..jangan lupa puasa..bye2.._wakaka_

Thursday, July 4, 2013

Indahnya Hari Jumaat

Assalamualaikum

Ha,hari ni Jumaat. Besar makna pada orang Islam yang benar2 mendalaminya. Bukan semata-mata Islam atas i/c..wakaka. Kalau time2 sekolah dulu. Hari jumaat cikgu lelaki mesti pakai baju Melayu lengkap. Sangat kacak..lagi2 cikgu faveret ak! Semua pelajar berkumpul dekat dataran untuk bacaan Yassin dan tazkirah pagi Jumaat. Ah,I really miss that moments! Dan setiap pagi Jumaat jugalah budak2 yang lalu depan rumah family aku akan dapat   sikit sedekah dr mak&ayah aku.(smoga Allah swt menerimanya). Sebenarnya aku nak ingat kan kat korang2 kenapa Jumaat digelar penghulu segala hari..meh sini kita baca apa yang aku ingat masa kelas agama zaman sekolah dulu...
  1. Hari berlakunya kiamat.
  2. Nabi Adam as diciptakan dan disingkirkan.
  3. Hari Al-quran diturunkan.
  4. Doa dimakbulkan.
  5. Hari ni juga aktiviti memotong kuku mendapat pahala.

Ha,tu la yang aku ingat. Jadi mari kita topup amalan kita pada hari ini ya..Bagi kaum Adam jangan lupa solat Jumaat! Semoga kita sentiasa dibawah rahmat dan naunganNya..
Ameeennn...wakaka!

Wednesday, July 3, 2013

Novel 13JAM A380 Bab 28

Assalamualaikum
Here we go baby...Ok sudi2 baca my bab 28 dengan tenang..Segala kesilapan harap maaf..:)
I wish I'll meet Kak Eve dan menang contest Novel 13JAM A380..Ameeennnn


.............................................

Saat mata kami bertautan. Aku rasa dunia ini hanya ada aku dan dia sahaja. Saat-saat manis dan indah

semasa dalam A380 berputar-putar dihadapan mata aku rasa. "Mommy are you okay?"tanya Emmel

 sambil menarik-narik kot putih labuhku. Aku cepat-cepat tersedar dan kembali ke alam nyata.

"You buat apa kat sini Haydar?"tanyaku sambil menarik Emmel rapat kepadaku.

"Mencari sesuatu yang tertinggal."jawabnya sambil matanya tidak lepas dari Emmel. Mungkin dia cuba 

menyampaikan hasrat hati melalui matanya. "Mommy I think we better make a move..I'm so

 hungry."celah si Emmel.

"What about Uncle take you for the meal?" tanya Haydar sambil mata memandang aku. 

"Banyak perkara yang aku perlu tahu dari dia."Haydar bermonolog di dalam hati.

Phone ku tiba-tiba berbunyi. Ah,kenapa saat-saat macam ni dia call pula.

"Yes,she is fine with me.Fawwaz maybe I'll be late.But don't worry before 10pm I'll be back." aku 

memberitahu Fawwaz takut pulak kalau dia risau dengan kami.

"Hana you choose the best place for the little princess." kata Haydar sambil menghulurkan 

senyuman yang bisa membuat aku cair macam coklat Cadburry yang terdedah dibawah cahay

matahari. "OK.The Manhattan will be fine." jawabku sambil memimpin tangan Emmel. Ah restoran 

Pakcik Manhattan tu selang beberapa deretan kedai dari tempat kami berdiri. "How're you Hana?terkejut

 sangat sampai lupa nak tahu khabar you lepas kita berpisah hari tu." katanya dengan sejuta makna

 tersirat diwajahnya yang super kacak itu..Eh,si Hana ni sempat nak puji-puji Enche Haydar ya!

"Alhadulillah,I'm fine." tipuku. Sedangkan aku sangat-sangat merinduinya. Sebab miss gile dengan dia aku

 sibukkan diri ini dengan harapan lega la sikit wahai hati yang rawan. 

"Hana don't you miss me ha?" Haydar bermonolog sekali lagi. Sungguh ke apa yang dikatakan Hana ni.

Kami sama-sama diam sehingga sampi di hadapan pintu The Manhattan. Penyambut tetamu yang manis

 mukanya membawa kami ke satu sudut yang sunyi dan romantik pada pandangan aku. Tempat ni juga agak

 tersorok. Selepas membuat pesanan Emmel asyik sangat dengan iPad 4 nya.

Aku jadi canggung sehingga Haydar yang memulakan bicara. "Hana I've so many question mess up my 

mind since we met just now." tiba-tiba Haydar berkata begitu. "what is it Haydar?" tanyaku semula 

sambil memandang matanya yang ala-ala pakai lens. Hari ni dia sangat segak dimataku. Dia memakai kemeja 

putih, slack hitam dan kot striking bluenya amat menarik dimataku. Ah,kenapa jantungku masih lagi 

berdegup laju seperti waktu pertama berjumpanya. Dan aku sangat suka memanggilnya Haydar. Rasa syok

 pulak. "Hana what are you think about sampai I tanya you ralit sangat pandang I?" tanyanya sambil 

menyedarkan aku ke alam nyata. Ah,malu aku! "you tanya apa?"kataku.

"I tanya betul ke Emmel ni anak you?" dia bertanya sambil memandang sekilas pada Emmel yang tengah 

bermain dengan iPad nya.

"Yes,she's my daughter." jawabku dengan yakin. Aku terpaksa menipu kerana perjanjian aku dengan 

Fawwaz agar tidak menyakiti hati Emmel. Hana Hana dia ingat aku macam tak kenal dia pulak. Ada cahaya 

penipuan dimata bundarnya. Takpe let's start the game sayang!. haha. Macam macam si Haydar ye!

"Emmel,who is your daddy?" tanya Haydar tanpa berselindung. Dia nak tengok sejauh mana Hana nak 

tipu dia. Dia sangat kenal dengan Hana. Haydar ni boleh baca air muka orang tau. Tak main-main.

"Fawwaz is his name uncle. He's such a good daddy among the best for me uncle." balas si comel yang

 sangat petah berkata-kata.

Glup! terkedu Haydar. Dia pikirkan Hana hanya menipu sahaja. Tapi dia tetap bertanya sehingga makanan

 yang dipesan sampai. "ok let eat first then we can chat again k." celah Hana yang ingin mengubah topik.

Kenapa Hana buat macam ni. Dia tau tak aku macam nak gila rindu dia. Macam kucing hilang anak aku jadi 

gara-gara dia. Boleh saja dia kahwin dengan orang lain.Ciss! Tak ini mesti ada cerita sebaliknya aku mesti 

siasat. "Haydar I think we better make a move first. Someone are waiting for us." kata Hana sengaja 

menekankan ayat 'someone' disitu. Ternyata sepanjang perbualan muka Haydar nampak selamba tanpa ada

 rasa terkejut. Mungkin dia dah berkahwin dengan girkfriend dia yang dulu tu.Huh,sadis hidup ak!

Haydar pergi membuat bayaran. Tanpa menoleh pada Hana yang juga ingin membuat bayaran. Tak gentle la

 kalau girl belanja.haha! 

"Hana come here." panggil Haydar sambil menggamit pada Hana. Emmel diletakkan di bangku depan

 restoran tadi. "whatever you wanna saya hati I tetap berkata yang ini semua ada cerita sebaliknya.ok I'll find

 by myself kalau you tak nak share." kedengaran sangat optimis kata-kata Haydar. Haydar kalau you tahu 

apa yang berlaku tak kan mungkin you faham. Biarlah jadi rahsia. Suara hati Hana berkata. " Haydar kita

 hanya jadi couple sementara hari tu je. I harap you tak mengharap apa-apa dari I .We're over."

balas Hana.

"Hey, what are you doing here mommy Emmel?" celah satu suara dari arah belakang aku. Dan aku

 sangat kenal dengan suara itu. Fawwaz! Sudah selesai kah urusannya. "Daddy Emmel have a great meal

today with that uncle." balas Emmel sambil berlari ke arah daddynya. "Fawwaz, Emmel's daddy  a.k.a 

husband Hana." kata Fawwaz sambil berjabat tangan dengan Haydar. Aku hanya mampu diam dan 

membuang pandang pada Emmel. "Haydar. Hana ex.boyfriend." balas Haydar tanpa ada rasa bersalah.

Fawwaz dah pandang aku semacam. "Ok, I got to go. Nice to meet you Fawwaz. Hana when you're free

please call me." kata Haydar.

Hana yang leka membetul tudung yang agak sengit tak perasan ada sebuah kereta yang terbabas dan hampir

 merempuhnya. Dan pada masa yang sama. "Hanaaaaaaaaa..." jerit satu suara. Tiba-tiba Hana rasa dia ada

 dalam pelukan seseorang dan rasa sangat dilindungi.Ceh! Siapa selamatkan aku??

.................................................

Alhamdulillah.Siap jugak. So,korang boleh la teka-teki siapa la Mr.Right yang selamatkan Hana tu. Sy harap garapan saya dapat diterima.Sekian..may Allah blessing all of you!

*Aisyikin@ekinjejai






















Sunday, June 30, 2013

Jom cuci mata jap..meh r...

Assalamualaikum

Halo...ermmmmm..actually aku tak de mende nak share..so diam and terus scroll ke bawah utk makan opss..sorry untuk jamu mata korang dengan gambar2 hot guys aku ni ha!!

Nak tau spe???jom r...kita rileks2 je..xmo stress2 na...hehehe










don't leave me...uwarghhhh

Sean O' Pry....hahaha

hotest model..for me la...

walawey....metrosexual betul ko!!

ledakan geometri ni.....:P

may I help u miss????


K-Pop styles..summer 2013...

that enough....please...I'm so tired....

okay...tu je..enjoy k!!!bye2..mau tido..Zzzzzzzzzzzzzzzz
salam~~~




Wednesday, June 12, 2013

Teduh ke???

Assalamualaikum..

Ok,time ni aku memey sangat free kat ofis ni ha...bosan tahap petala ke lapan dh ni...cari2 kerja semua dh siap..aku xdo kojo..hari ni ad cite pe ek best2??
oooo..lupa plak..."TEDUHAN KASIH"(TK)..yess..pandai...since aku baru habis kat matrik..ni je drama yang aku layan..aku memang tak berapa minat nak tonton cite melayu2..because of Adi Putra(hotlovers)..I really do love to watch it..haha..
ermmmm..kalo bg 5 stars tok ak bg kt TK ni ak nk kasi 4 stars kot...best..romantik..sweet..nice..protective..honest..semua la ak kasi kat abg Hotlovers ak ni..
Sinopsis from my part is:
Iffa gagl dlm perkahwinan pertama...then pregnant...hidup dgn mak tiri yg memang super kejam..cuma adk tiri je yg baik (izat)..hidup asyik kena hina,kena seksa..tp dia still boleh sabar..kalau aku mau lari gie hutan!!!
masa die nak bersalin..sekor umat pun xde dalam rumah..semua pergi bercuti..dan..dan..time ni kan diorg nk pergi bercuti..die jumpa Mr.Perfect ni Ehsan masa kat bus stop..Ehsan tolong sampi bagi tumpang rumah lepas habis pantang..Si Iffa naif ni boleh pulak nak balik ke neraka yg mak tiri dia bina..sampai satu level dia tak tahan dan minta Ehsan bagi lagi sekali tumpang..Ehsan actually mmg nanti2 Iffa tumpang sbb dia jatuh kasih dgn Adam anak Iffa dan jatuh cinta dengan mama Adam si Iffa ni..So,bg die tak de masalah nak bagi kn..sungguh sweet mueett...Kawan baik Iffa a.k.a musuh no.1 skrng (Ayu) masih tak puas hati lepas dpt ex-husband Iffa..dia nak tgk Iffa terseksa..dia terkejut beruk bila tahu Ehsan boss dia yang nak menikah dgn Iffa..mcm2 rncngn dia buat tapi semua tak berhasil..Ayu ni bersekerongkol dgn kakak tiri dan mak tiri Iffa..
Apa yang aku sure Ehsan nak amik Iffa jdi yang halal buat dia..Iffa masih ragu2 sbb dia takut gagal lagi kali kedua..at last dia terima juga demi Adam..masa depan Adam...Ayu letak racun dlm minuman Iffa masa Iffa jumpa kakak tiri dia(kak long)..jumpa konon dh taubat and nak minta maaf..semuanya plastik...tau plastik...plan kasi racun jugak xberhasil sebab air Iffa tumpah..Kak long baran smpi naik hantu dan dh macam hantu pun muka dia..wakakaka..geram ak tgk tahap kejahatan mereka semua ni..lagi geram dengan tahap kebingaiaan si Iffa yang lurus lagi tulus...ak berhenti takat ni sbb aku pun xtau ap jadi next episode..

Ehsan & Iffa..seteduh mana kasih mu???
:P


Aku nak teguk seteduh mana kasih Ehsan buat si Iffa...tv3 jam 7.00pm..kalau ad b.yond boleh record then ulang semula pd malam hari..haha..tu ak la...but somehow I was think "is it really exist person sooo cruel like this in this world"..macam ngarut pun ada jgak..tapi xpe la..layan je...asalkn ad entertainment..ok..papai!


Friday, June 7, 2013

Depan sekali???

Assalamualaikum..
Sejak dua menjak ke tiga menjak ak kerja..aku rasa I don't have enough a quality time for myself..Sebab....busy..busy..busy..(jwpn yg dh lali aku dok dengar)..Duduk depan lappy..buat kerja...tgk FB,TwittJer..Blog...member2 lain dok syok kluar jln2..holiday...aku asyik dok terperap dalam opis ni..uwargghhh..tak berkembang la otak aku kalau macam gini..
Semalam...abis kerja..terus message cousin paksa die pergi teman windows shopping sambil tgk wayang..hahhaahah...excited sngt sampai 1jam aku siap sebelum keluar..Tapi pakai nye simple je..blaus dgn slack hitam..no make up k...panjang nye pendahuluan aku ni..
Jom tgk apa tentatif aku semasa ad di Aeon Bandaraya Melaka..
1.Of course cari parking yang dkt dengan entrance..wakaka..(xdpt pun..:( )
2.Jalan2 samapi kt counter GSC..diri dgn cousins depan screen show time..ama gak dok pikir cite pe...at last setuju cite After Earth...dengan semangat waja aku beratur...
3.Samapai turn aku...Cakap kt miss tu After Earth..tgk screen mak aiiiiii...seatDEPAN SEKALI??? nk mati je ada..memang tak la aku nak kn...dalama 5min pikir..smpi Miss tu agak nk bengang jgak..cousin ak suggest  Fast & Furious 6...dlm hati ckp (sedap ke..bosan kang ak tido)..lagi satu xpenah pun follow up cite ni..tgk sikit2 je..muahahah..agak ketinggalan aku disitu ya...


4. We've another 30mins...aku xsuka tunggu dan ditunggu..aku ajak pegi jln2 cuci mata...Masuk Scarlett n TOpGIrl beli la ap2 yg patut(xkn nk mention)...
5. 8.03pm bru masuk...iklan die almost 30min..bygkn..ni aku benci..kadang2 aku terpikir..ak ni beli iklan ke movie???(tingtong betul la...)
6. 10.25pm plus minus r aku habis...
7. Cari makan..apa lagi..Burger Burn la...
8. 12.34am smpi depan gate rumah..gile lama....
9. Cuci muka then tido!!!!
10. Harap2 mimpi AS....

Actually apa yang aku nak highlight kat sini ialah...moral dari Fast & Furious 6...walaupun movie tu pasal gaduh2 antara 2 group...ad aksi2 ganas,kejam,pans..ahaks...tapi nilai die adalah..SEMANGAT SETIA KAWAN , KERJASAMA , BIJAK DLM MEMIKIRKN STRATEGI , KELAKAR(jgn asyik serius) , CINTA SEJATI....dan byk lagi...apa2 pun cite ni best...pegi la tengok..tak nyesal...

*pesanan: jgn sesekali tgk wayang ddk depan sekali or 2 baris depan..confirm balik kena pergi urut...ak ad experiance masa zaman sekolah2 dulu...(keluar wayang rmi2 bantai kawan aku yg pandai2 pergi order depan punya seat)


Sunday, May 5, 2013

we need each other ~~~

Assalamualaikum...

halo you alls...lama x merepek2 kt sini..hehehe..dh abis kolej..yahooo..sekrng just jadi maid kt rumah sendiri..hehehe..sedih hidup ak ni sebenarnya...sob..sob..sob...
sebenarnya ak cuma nak lepas apa yang ak rasa...
"apa guna ada kawan kalau minta tolong sikit pun tak boleh...apa guna ada ibu bapa kalau anak2 terabai sampai jadi sampah masyarakat..busuk tahu tak...sakit hidung ak ni ha...apa guna ada cikgu kalau asyik dlm otak pikir mcm mana nak tambah duit poket je..tak pikir mcm mana nak buat kat anak2 muridak supaya maju sama mcm bangsa lain yg dh ke depan...tau tak Melayu ni dh jauh sngt ke belakang...apa guna ada keluarga kalua asyik gaduh2 adik beradik sebab rebut harta nd pertikai sape nak jaga mak n ayah yg dh tua..susah kn je la org tua ni..puihhhh..mak bapak korang masa korang kecik2 dlu tak pula diorg rasa korang tu susahkn hidup diorg taw..ingat la sikit...apa guna ada isteri kalua asyik dok kikis duit suami..asyik tanya..bang bila nak tukar sofa baru..bang bila saya dapta gelang tangan baru..bang..bang..bang..n bang...
apa guna ada pemimpin kalau hak2 rakyat terabai..bial rakyat memberontak kata rakyat pembelot..bila nk menang dlm pilihanraya baru terhegeh2 cari rakyat yg dihanggap mcm xde beri pe2 kt diorg...apa guna ada semua org kalo kita tak sama2 berganding bahu..kerjasama...bangunkn bangsa kita..agama kita..baru harmoni..baru la nampak keshumulan islam tu...sayangnya masih buta kita ni..Abraham Lincoln ad kata "jgn tanya ap negara buat utk kita tapi tnya ap kita buat utk negara..."

*ingat sama2..mana tanggungjawab kita semua..._peace no war_